Saturday, March 19, 2011

Bukan kisah cinderella.

Tepat jam 12, jam dinding berbunyi..
Ting tong, ting tong, ting tong.
Aku tersentap dari lamunan dan bermonolog.
"owh, dah jam 12 rupanya. Tiba lah sudah masanya" Aku mengetip bibir sambil mengelipkan mata berkali-kali.
Jari telunjuk menari tarian tap diatas meja tulis sambil kepala ku disokong oleh tangan kiriku.
......................................................................................................................................

"Tak payah tunggu lagi, biarkan saja dia pergi. Sampai bila macam ni?" Ariah bersuara keras dihujung talian. Aku mendengar sambil mendengus.

"Ya, aku tahu. Tapi macamana pula menanti tanpa harapan? " Sayu saja suara yang timbul sambil tersekat-sekat. Bukan kerana kesedihan tapi tekak terasa pekit. Nak batuk agaknya. 

" kau lupakan saja. sekarang aku rasa sakit tapi yang menanggungnya kau. Walaupun kita hanya berkonklusi tanpa bukti tapi segalanya masuk akal. Cerita kau dengan cerita aku. Kita gabung, kita urai, kita simpulkan. semua masuk akal. ah, aku pun tak percaya pada mulanya tapi firasat hati aku jarang salah. sekarang aku dah ragu." Semangat suara Ariah pada mulanya sekarang mendatar.


Aku diam. Keheningan mula meresapi perbualan kami. Sepi rasanya tapi bukan hati aku.


" Andaikan, andaikan kalau betul. Kau macamana? boleh terima juga? " Suara Ariah, lembut menyapa telinga aku sekaligus memecahkan kesepian tadi.


"entahlah. boleh agaknya. " aku ketawa kecil.
.....................................................................................................................................

Pang!
aku tersentak. Kus semangat. terkejut dengan bunyi kuat yang tiba-tiba tu buatkan lamunan aku tadi melayang lagi.


Aku bermonolog sambil kaki melangkah keluar bilik, " bolehkah aku bertahan? Menanti tanpa mengharap? "


to be continued....

2 comments:

  1. insya-allah...pasti boleh...setiap yg berlaku psti ada hikmahnya... dan..Tuhan sengaja menemukan kta dgn org yg salah sebelum kta b'temu dgn org yg betul..

    hihihi...life must go on....

    ReplyDelete
  2. ni cerpen ke? klu ya teruskn...

    ReplyDelete