Saturday, March 19, 2011

Bukan kisah cinderella _2_

Langkah kakiku terhenti apabila melihat adik aku sedang berdiri tegak di tengah ruang tamu. Ish, buat lemah semangat saja. Entah apa-apa saja yang dibuat. Faham-faham lah yang rumah ni dibina dengan kayu. Bukannya rumah batu.

“apa kes kau ni? Waktu macam ni baru mau pulang?” Soal ku dengan suara besar. Muka aku kelat meliat wajah adik aku yang tersengih. Mata ku meliar dari atas hingga ke bawah memerhatikan dia. Dia sedang mengenggam remote control. Kemungkinan remote itu terjatuh agaknya tadi.

ala, relaks la. Tu pu mahu dikecohkan. Okaylah, aku mahu tidur. Selamat pagi buta.” Sempat lagi dia menyindir aku sambil berlalu ke biliknya dengan senyuman sinis di bibir.

Cekadak punya budak, kutukku dalam hati. Err...apa agaknya yang aku fikirkan tadi? Ahh, aku dah lupa. Bengang.

...................................................................................................................................


“ kau rasa kau mampu kah? Aku pernah kena macam kau ni. Peritnya tak payah cakap. Terasa macam tidak diperlukan, hidup ni sepi. Aku hilang semangat untuk teruskan hidup. Tapi kenapa harus terjadi hal ni pada masa sekarang. Dia dah boring dengan aku agaknya. Macam-macam yang ada dalam kepala ni. Semuanya negatif. Ah, macam kau ni lah.” Tinggi pula suara Ariah. Kemudian dia berdehem. Menelan air liur. Terasa kering tekak setelah berbicara agak panjang.

“aku faham apa kau maksudkan tu. Cuma hal ini salah siapa sebenarnya?” dalam suara aku. Dah sakit tekak pulak.

“mesti lah salah dia!”

Aku ketawa. Ketawa dalam keadaan macam ni bukan ketawa namanya. Bukan gembira tapi perit yang dirasa. Hati bagai disiat-siat.

“kita ni cuma di satu pihak Ariah. Kalau dia? Mesti dia salahkan aku. Huh, adat bercinta macam itulah. Kalau bukan aku salahkan dia, mesti dia salahkan aku pula. Bengang ow!” aku menelan air liur.

“aku sudah minta maaf walaupun aku ego. Boleh pula dia cakap maaf aku tak ikhlas, siapa tak panas? Gila betul. Aku minta maaf bukan sekali tapi banyak kali. Tupun masih tak ikhlas? Aku ni macam hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Hina kah tak tu? Huh. “ berapa kali dengus dah aku ni. Nak tersembur jugak hingus ni. nasib selsema. Aku bukan nangis sal ni tau. Buang masa cuma kesal saja yang dirasakan. Macam ni pula yang jadi.

“ melampau.” Pendek jawapan Ariah. Kemudian dengusan pula yang kedengaran.

“kalau kau yang cakap melampau, memang melampau pun.” Aku tersengih. Mata ku tepat ke depan. Memerhatikan anak kucing ku, Miming yang tengah bermain dengan bola benang.


...................................................................................................................................



“miming, kalau lah kau boleh berkata-kata mesti kau dah cakap tuan kau ni gila bukan? Bercakap dengan anak kucing. Oh, miming kalau lah kau mengerti.” Aku mengacah-acah miming. Macam main dengan anak kecil. Mata miming bulat melihat aku. Kau faham agaknya perasaan aku sekarang ni miming.

Ku tarik misai si miming. Terasa geram pula. Sambil mengetap bibir aku angkat miming dan balingkan ke udara. Terkapai-kapai kaki si miming. Mengiau-giau memanggil ibunya. Aku ketawa ketika menyambut si miming.

Ku lihat ke matanya, “miming, kalau kau yang curang dengan si dia memang siap la kau aku kerjakan. Aku tahu dia pun sayang dengan kau. Kan? “ miming mengiau seolah-olah mengiakan.

Hahahaha, miming kan kucing. Gila agaknya aku ni. Aku letakkan si miming ke lantai. Tangan kananku mencapai telefon tangan berjenama Sony di atas meja kecil berhampiran tempat aku duduk. Mengeluh kerana tiada balasan pesanan ringkas, sms yang aku hantar kira-kira sejam lepas.

“kau buat aku macam ni ya. Besar sangat agaknya dosa aku dengan kau ni sampai susah kau mahu maafkan aku. “ aku mengeluh lagi. Takkan sibuk sampai nak hantar satu sms pn susah. Dulu bukan macam ni pun.

Aku menutup mata sambil tangan kiriku menggaru lengan kananku. Eh, kejap. Ariah kata apa tadi?

2 comments:

  1. Ariah said " dia tu xtau m'hrgai..dia ingt dia sorg ja ka ada perasaan? ada maruah? kau ni konon cma sebatanng tunggul yg sda reput n tinggal tunggu kna tebang ja lg???mcm 2?? mcm lar dia 2 perfact sgt..duit pn mak bpa yg bg sda b'lagak ckp keja org low class... what the hell! ".....

    hahahaha...

    nice 1...continue lar lg..hahaha...by the way... kucing tu nma "miming" ya..hhahahaha...

    ReplyDelete
  2. bea, tq 4 da idea. later i add yaa.. hee..
    tgharey bru aku post yg aku buat smlm :)
    sambungannya..

    owya, mmg kucg tu nama miming.. kucg ney pn ada pranan tahu.. hoho

    ReplyDelete