dengar2 harga minyak nak naik lg?
betul ka?
aduii.. matila aku kalu minyak naik lg..
dari mampu terus xmampu.. mcmna ini?
bajet lari ow.
byk bnda lain mau bli..
mana mau byr bil lg.. ayoyoyo..
sedikit info cilok dr sni.. kredit to Ameno World (klik jgn xklik )
Bila-bila masa dari sekarang minyak memang akan naik. Ron 97 sudah tentu akan naik pada awal bulan mac neh. Ron 95 juga tapi tak pasti ble dan berapa kenaikan nya. Yang membuatkan rakyat gelisah bukan sebab minyak naik 0.10 sen ataupun 0.20 sen. Tetapi impak kenaikan minyak itu. Seperti sektor pengangkutan awam yang menggunakan diesel dan petrol. Seperti sektor perindustrian kilang yang menggunakan petrol untuk menggerakan kuasa mesin. Harga makanan yang pasti akan naik berikutan kos operasi [perkhidmatan pengangkutan barang] yang turut naik. TNB sudah tentu akan menjadikan ia salah satu alasan untuk menaikkan charge elektrik sedangkan mereka untung berbillion2 ringgit. Itu belum masuk gas memasak. Semua ini berlaku secara rantaian dan rakyat sudah tidak boleh tanggung beban lagi kerana gaji masih di takuk lama apatah lagi pekerja swasta yang tiada kenaikan untuk beberapa tempoh kebelakangan ney.
padan la suma tauke kedai mkn menaikkn harga mknan..
cth perbualan :
aku : mamak, ini ayam goreng 10 ekor brp? *fuh,antam 10ekor terus
mamak : amoi cntk (aku sngj tmbh, haha) tu aym goreng 1 ekor 15 rggt aaa..
aku: knpa mahal betul mamak? kaci murah sikit la.. sya slalu bli sni jgk.. ayoyo
mamak: ayo amoi cantk.. tu minyak naik sda, harga brg pn naik, jd automatik harga mknan naik.. lgpn itu aym dari baka terbaik. digoreng dgn sepesial ingredient em memang sedap pnya (smbl geleng2 kepala, sengih2)
aku: ok2 la kaci sya 10 ekor.
tengok? mcmna pandainya peniaga mengambil kesempatan dr kesempitan.
suda la hujung bulan. duit blom msok -.-
xapa, aku bole diet.
kunun!
p/s: berjimat cermat la yaaa..
No comments:
Post a Comment